Monday 14 October 2013

Saya Seorang Pemalu

pemalu
"Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu. Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain. Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. 
Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Jangan terlalu memperbesar – besarkan kelemahan yang dimiliki dan jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut. Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Pemalu kepada Lawan Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis. Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki...^_^ It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar. Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain. Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu. Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

thank you for your feedback