Tuesday 15 October 2013

DOSA kita Berbeza...mungkin TAUBAT kita juga Berbeza

Kadang-kadang aku terfikir,betapa banyaknya dosa yang telah kulakukan sepanjang usiaku 19 tahun ini...betapa kerdilnya aku dihadapan Mu Ya Khaliq...aku yakin pasti setiap insan seperti aku akan melakukan dosa kerana kita belum matang untuk berfikir tentang APA ITU KEHIDUPAN DUNIA...

Jika aku diberikan peluang walaupun sesaat untuk kembali kepada zaman kejahilan,aku yakin dan pasti tidak akan mengulangi kembali kesilapan,disamping diri ini cuba bertatih mendekati sang Pencipta.

Waktu terus berjalan dan syaitan terus berbisik supaya kita tergelincir dari landasan kerana syaitan tidak akan pernah memberi peluang untuk kita kembali pada landasan yang benar.

Dan kita hanyut dibuai bisikan sampaikan kita terlupa yang kita pernah berjanji pada Sang Pencipta untuk kembali pada landasan yang telah Dia tetapkan...LUPAKAH PADA JANJIMU WAHAI MANUSIA??janji hanya tinggal janji sedangkan Dia menunggu untuk kita tepati janji...

"Ya Allah ya Tuhanku,ampunkanlah segala dosa hambaMu,kami hanya insan biasa yang layu dalam bisikan syaitan,Aku memohon sempatkanlah untuk diriku diberikan peluang untuk bersujud serta memohon seribu keampunan daripadaMu Ya Khaliq.Jika hari ini hari terakhir maka ampunkanlah segala dosa-dosaku.Jika hari ini hari terakhir sempatkan aku untuk memohon kemaafan kepada kedua ibu bapaku...Semoga diri ini masih diberi peluang untuk merasa kasih sayangMu...amin"

No comments:

Post a Comment

thank you for your feedback