Wednesday 20 November 2013

BERJAGA-JAGA dengan SMS (Sistem Pesanan Ringkas)


Apabila kita kerap bertemu dengan dirinya, dia yang pernah menembusi dinding pertahanan hati kita, biasanya akan menjadi seksaan batin yang berat apabila kita tidak mampu menerima dengan hati dan fikiran yang sihat.

Walaupun kita sudah bertekad melupakan dia, ia tidak semudah mengucapkan.
Mungkin kita bertekad tidak mahu berjumpa lagi, dengan harapan supaya dapat mengurangkan ingatan kepadanya.

Bertekad bagi melupakan dirinya selama-lamanya, membuang jauh memori indah dan kenangan yang pernah ada. Tetapi ternyata tidak semudah itu.

Kadangkala, tuntutan urusan kehidupan membuatkan kita perlu berkomunikasi dengan dia. Misalnya, apabila kita dan dia berada dalam satu organisasi seperti tempat kerja.

Adakah mungkin kita tidak berinteraksi dengan dia?

Adakah mampu untuk kita tidak berinteraksi dengan dia semasa menguruskan program kerja ataupun agenda organisasi? Mustahil, bukan?

Tetapi apabila keadaan memerlukan kita berkomunikasi dengan dia, minimumkan komunikasi itu. Moga-moga dapat kita hindari daripada pujuk rayu syaitan.

Komunikasi bukan hanya bertemu secara langsung. Dalam era yang serba canggih ini, semuanya lebih mudah dengan adanya telefon, Internet, sehingga sistem pesanan ringkas atau SMS.

Kita perlu berwaspada dengan interaksi digital ini.


SMS Pertama
Perempuan: Apa khabar? Bila awak mahu pulang ke sini?

Lelaki: Alhamdulillah, saya sihat. Insya Allah, saya pulang pada hari Ahad minggu depan. Awak sihat? Ada apa awak menghubungi saya?

Perempuan: Alhamdulillah, saya juga sihat. Tiada apa-apa. Sekadar mahu bertanya, bagaimana dengan keputusan perjumpaan semalam? Bila lagi akan diadakan perjumpaan?

SMS Kedua
Perempuan: Bila lagi akan diadakan perjumpaan?

Lelaki: Insya Allah, pada hari Ahad minggu hadapan.



Sekiranya dibandingkan antara SMS pertama dan SMS kedua, hanya berbeza pada jumlah perkataan dan cara bertanya.

Namun dari situ kita perlu berwaspada. Kadangkala perkataan yang ditulis memberi peluang kepada syaitan membuka perangkapnya.

“Apa khabar? Bila awak mahu pulang ke sini?”

Pertanyaan ini sederhana, tetapi menyimpan sejuta makna. Bunyinya seperti seorang yang sedang risaukan kekasihnya yang berada dikejauhan.

Sungguh, kekuatan kata-kata memang luar biasa dahsyatnya.

Sekiranya hanya mahu bertanya tarikh perjumpaan selanjutnya, tidak perlu berbasa-basi bertanya hal ehwal dirinya. Kesederhanaan melambangkan kebijaksanaan.

Rasulullah SAW juga berkomunikasi dengan bahasa sederhana, singkat, dan padat.

Oleh itu, apabila dengan lima perkataan sahaja informasi sudah cukup jelas, mengapa perlu gunakan tujuh perkataan?

“Awak sudah solat ke belum? Hari ini sudah baca Al-Quran?”

Sepintas lalu, pertanyaan diatas memang baik dan kelihatan positif.

Walaupun niatnya baik, sekiranya dilakukan oleh kita yang sedang menggebu gelojak rasa hati, boleh jadi yang timbul adalah rasa simpati yang kemudian bertumbuh menjadi cinta dan akhirnya melahirkan perbuatan yang dimurkai.

Oleh itu, jaga cara pergaulan, komunikasi, dan pilihan kata-kata, termasuk semasa bertukar-tukar pesanan ringkas. Jangan pula niatnya mahu menjaring pahala, tetapi menuai dosa.

Thursday 7 November 2013

Saya Sedar "SAYA TAK CANTIK"


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?” usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil ‘phewit phewit’ awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.

“Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh… jelesnya aku!”, bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI:

Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian.” (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?  Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah “bersederhana dalam berfesyen”. Cukup dengan hanya menempel “wudhu’” di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.

Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau ‘setrendy’ mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar… Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


Tuesday 5 November 2013

Andai Rasullullah melihat aku 'BERFACEBOOK'

Kalaulah~ seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di  facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!

Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.

“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,

Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni.”

Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”

Nampak?

 Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

Aku menunggumu kerana Allah.”

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan

Friday 1 November 2013

Tarbiyyah dari ILAHI

Tanpa kita sedari, ujian yang menjenguk kita merupakan percikan tarbiyyah daripada Illahi. Mungkin pada awalnya kita mengalah, kita sendiri tercungap-cungap dalam lelah. Terkadang kita rebah, namun itu tanda bukan kita terus mengalah.

 Mencari-cari resolusi terhadap permasalahan yang dihadapi. Ujian didatangkan supaya kita dapat mempelajari sesuatu dan seterusnya dapat menguatkan diri kita , mencekalkan hati kita terhadap hamparan ujian yang menghadiri. Perlahan-lahan tanpa disedari, kita belajar erti menghargai dan bersabar dengan setiap ujian yang diberi.

Oleh itu, optimislah dengan segala ujian yang diperoleh. Kita tidak tahu apa yang Allah sembunyikan dari kita. Hanya yang pasti, semuanya terkandung 1001 hikmah yang tersembunyi yang sememangnya khas didatangkan daripada Illahi. Teringat akan kata-kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, “Jika kita mendapat apa yang kita tidak suka, sukalah dengan apa yang kita dapat. Jadikan buah limau yang masam itu sebagai minuman yang manis.”
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah: 216)
Ujian yang menimpa itu menunjukkan kasih sayang yang dihamparkan kepada kita daripadaNya. Jarang kita tsedar bahawa sebelum ujian datang menjengah dalam kehidupan kita, kita begitu lalai dan leka dalam mengingatiNya. Kerana tidak mahu kita terus terbuai dengan keindahan dunia yang sementara, kita diuji supaya kita sedar bahawa segalanya tidak kekal abadi, melainkan di akhirat nanti.

Teruskan memanjat pengharapan dan pertolongan kepadaNya supaya kita sedar kita hanyalah sekadar hamba kerdil yang memang perlu diuji. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat diri. Teruskan pengharapan kepadaNya. Jangan sesekali kita berhenti berharap kepadaNya.

“Sekiranya ada masalah yang tidak selesai, beristighfar sebanyak-banyaknya. Nescaya Allah akan membuka jalan keluar. Apabila terasa sentuhan Allah, segala ujian, cubaan dan kesulitan yang datang akan menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja.” 
~Sheikh Ibnu Taimiyah~