Wednesday 31 July 2013

HIKMAH...

ini hasil perkongsian sahabat ana ^^

friends by iamkimji (devianart)

“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)
Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa.
Serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,
takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.
Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.
Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?
Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini?
Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut.
Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.
Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.
Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.
Kenapa AKU yang diuji?
Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri?
Mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?
Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.
Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..
Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap
.

Monday 29 July 2013

Itu Jodoh Terbaik?? ....Lupakan Saja

Jodoh merupakan topik kegemaran untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin.
Dan topik ini juga digemari di semua peringkat umur dan kategori, dari budak berhingus, budak tadika, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah, pelajar kolej, mahasiswa universiti, kakitangan pekerja awam dan swasta, pak haji, mak haji, dan lain-lain.
jodoh
Kita selalu dengar bahawa ; jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab ; memanglah di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari jugak.
Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri.
Apatah lagi zaman ni zaman facebook, zaman di mana orang berlumba-lumba mahu menulis di status tentang mesranya hubungan mereka dan pasangan mereka.
Bagi para muda mudi pulak, jika masih tiada pasangan atau couple, maka itu adalah sesuatu yang tidak cool.
Zaman ini jika anda masih belum punya pasangan, maka anda dikira kolot, dan akan dilabel dengan pelbagai gelaran ; anak mak, ustaz, konon baik, bajet alim dan sebagainya. Oh, saya selalu dilabel sebegitu.
Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping.
Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je.
Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”
Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik?
Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya?
Di mana kebaikannya?
Bukan, saya tidak mengharapkan wanita sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna.
Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan.
Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga.
Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?
Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
Jangan sampai tersalah memilih orang
Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan saya :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
 (Surah An-Nur ayat 26)
Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.
.

LANGKAH UNTUK BERUBAH: JAGA HATI...BUKAN KERANA JODOH

  Hati

Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur.
Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.
Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.
Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.
Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya.
Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami.
Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yang sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.
Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah?
Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”
Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan.
Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan berbeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir.
kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau.
Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’.
Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!
Kami menggeleng.
Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut.
Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.
Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”
“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.
“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ni semuanya ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi.
Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak?
Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”
Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju.
Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan.
Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”
Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya.
Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.”
Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.
Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.
.

Thursday 25 July 2013

Dapatkah aku mencintaimu sepertimana kau mencintaiku?

muhammad

CINTAILAH RASULULLAH….
kerana baginda sangat menyangi kita….

Dari Abbas r.a bersabda:“Org yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah MUHAMMAD SAW. Jibrail as akan datang kepadanya membawa seeokor Buraq. Israfil datang kepadanya membawa bendera dan mahkota.Izrail datang membawa pakaian pakaian syurga.

Israfil bersuara:
“Wahai roh yang baik ! kembalilah ke tubuh yang baik”
maka kubur terbelah dua.
Pada seruan yang kedua pula
kubur mula terbongkar.
pada seruan yang ke3
Ketika Rasulullah saw berdiri.. Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bagunan lalu Baginda menangis sehingga mengalir lah air matanya ke pipi.

Baginda bersabda:
Kekasihku Jibrail as ! Gembirakalah aku..
Jibrail as berkata “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?
Baginda bersabda :
“Bukan seperti itu maksud pertanyaanku..”
Jibrail as berkata :
“Apakah kamu tidak dapat melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda bersabda :
“Bukan itu maksud pertanyaanku”
Baginda bersabda :
“Aku bertanya kepada mu akan UMATKU…Di mana perjanjian mereka..?”
Baginda bersabda :
“Nescahaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.. Aku akan mensyafaatkan UMATku..”
Jibrai as menyeru :
” Wahai sekalian makhluk!! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah swt..”
Umat2 datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
setiap kali Nabi MUHAMMAD akan bertanya…

“Dimanakah UMAT ku?”
Jibrail as berkata :
“Wahai MUHAMMAD SAW.. umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi isa datang
Jibrail as menyeru
“tempatmu”
Maka Nabi isa as dan jibrail as menangis .
Nabi MUHAMMAD SAW berkata :
“Mengapa kamu menangis..Dimana Umatku?”
Jibrail berkata :
“Mereka semua telah datang . Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian nabi MUHAMMAD SAW menangis lalu bertanya
“Wahai Jibrail ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibrail as berkata :
” Lihatlah mereka wahai MUHAMMAD SAW..”
Nabi MUHAMMAD SAW bertemu dengan umatnya yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru
” Wahai MUHAMMAD SAW…..”
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda :
” Wahai Umatku……”
mereka berkumpul di sisinya.. Umat2nya menangis.
Allah Taala berfirman
“Di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..
dimana umat MUHAMMAD SAW..”
Jibrail as berkata :
“Mereka adalah sebaik umat..”
Allah Taala berfirman :
“Wahai Jibrail ! Katakanlah kepada kekasihku MUHAMMAD SAW.. umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.”
Jibrail as kembali di dalam keadaan menagis lalu berkata :
” Wahai MUHAMMAD SAW..Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala”
Nabi MUHAMMAD SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala..”
Allah Taala berfirman :
“Pada hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan,,Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu..dan Aku akan mengangkat sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”
Suara dan jeritan dan tangisan semakin kuat..
Nabi MUHAMMAD SAW menyeru..
“Tuhan!! penciptaku..penghuluku…..Aku tidak meminta untuk diriku sesungguhnya aku meminta umntuk umatku dariMu..”
ketika itu juga Neraka Jahanam berseru
“siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka berseru :
“Wahai tuhanku!!Pengusahaku!!Penghuluku..selamatkan lah MUHAMMAD SAW dan umatnya dari siksaanya..selamatkan mereka dari kepanasanku..bara apiku..penyiksaanku..dan azabku..sesunggunya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak dapat tahan dengan siksaan.
Air mata nabi MHAMMAD SAW telah hilang dan kering dari pipinya..
Baginda bersujud dihadapan arsy Allah…
Sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya..
Para nabi melihat keluh kesah dengan tangisanya
Meereka berkata
“Maha suci Allah..Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya..
Fatimah pernah bertanya
“Dimanakah aku ingin mendapatkanmu pada hari kiamat nanti wahai bapaku”
Baginda menjawab :
” kamu akan menjumpai aku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku..”
Tatkala umat MUHAMMAD saw sedang mencari mimbar nabi MUHAMMAD SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat,
Mariam, Aisyah,Khadijah dan Fatimah sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat nabi MUHAMMAD SAW..dia berkata :
“Ini umat NABI MUHAMMAD..mereka telah sesat dari nabi mereka.”
suara mariam telah didengari oleh nabi adam..
nabi adam berkata kepada nabi muhammad..
“ini umatmu wahai muhammad..mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.”
Nabi MUHAMMAD saw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda :
“Marilah kepada ku wahai umatku wahai sesiapa yang beriman yang tak pernah melihatku..Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa mohon kepada Allah ”
Umat nabi MUHAMMAD SAW berkumpul di sisinya.

Ketika di pangkal sirat
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda kepada malaikat malik :
“Wahai Malik.. dengan kebenaran Allah Taala..palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi..jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi MUHAMMAD SAW berhenti di atas sirat .
Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat .
Baginda akan menarik tanganya dan membangunkanya kembali ..
Nabi Muhammad berkata…

“Ya Tuhan…SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA”
“Tuhan..SELAMATKANLAH MEREKA …SELAMATKANLAH MEREKA..SELAMATKANLAH MEREKA.





Mahalkan Dirimu Wahai Wanita

MahalKan Diri Mu Wahai Wanitawanita

Wanita ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kecantikan dan kehalusannya. Terdapat banyak keistimewaan dalam diri seorang wanita. Wanita juga adalah salah satu tonggak utama untuk membina ummah.

Dialah yang mendidik anak-anak nanti sedari dalam kandungannya, hinggalah si anak itu membesar menjadi seorang manusia yang berguna untuk masyarakat dan juga agama.

Namun, untuk menjadi wanita berjaya mendidik anak-anak ini adalah bukan wanita yang lemah. Bukan. Bukan lemah dengan hawa nafsu dan godaan dunia.

Di sinilah kita perlu memahami aspek-aspek tertentu untuk menjadi seorang wanita yang berjaya yang sentiasa menuju kea rah ciri-ciri wanita solehah.

Pernah Melakukan Kesilapan Sebelum Ini
Ramai individu apabila di ajak untuk merubah diri dan peribadi, mereka mengatakan mereka telah banya melakukan banyak kesilapan dalam hidup, dan satu persoalan yang amat menjadi keraguan mereka adalah, “adakah masih mampu dan layak untuk menjadi seorang wanita yang di segani, dan wanita yang benar-benar hebat?”.

Satu jawapan yang mampu saya katakana adalah peluang untuk merubah diri itu selalu ada selagi mana hidup kita belum berakhir. Kadang-kadang Allah uji kita dan dalam ujian itu kita rebah.

Waktu tu mungkin kita rasakan keperitan itu. Namun, renungkanlah, bukalah sedikit minda kita dan positifkan fikiran kita. Mungkin di sebalik ujian itu, ada sesuatu yang perlu kita pelajari.

Yang paling utama adalah bersangka baik pada Allah. DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Mohonlah keampunan dariNya dan berusahalah menjadi wanita dan individu yang hebat. Tidak mustahil anda mampu berjaya menjadi seorang wanita hebat dalam menegakkan agama Islam ini.

Wanita Semakin Murah
Wanita kini, jika kita lihat ramai yang tergoda dengan hawa nafsu dan keindahan dunia. Sebahagian besar dari golongan ini berusaha berpakaian mengikut ‘trend’ terkini.

Rambut di warnakan, aurat tidak di jaga. Tidak kurang juga mereka yang percaya kepada sang kekasih yang berkata-kata manis sehingga menyerahkan segalanya sebelum menjadi yang halal bagi seorang suami.

Jika benar mencintai sang kekasih itu, kenapa menjadi terlalu murah? Bukankah jika mencintai, kita takut akan sang kekasih itu di bakar di neraka sana dek kerana silap kita? Tidak kah kita terfikir akan semua ini.

Tidak menutup aurat, bergembira bersama sang kekasih tanpa ikatan yang menghalalkan segalanya, meninggalkan solat itu memang seronok di dunia ini.

Kerana kita tidak terikat pada satu peraturan yang agak menyulitkan diri. Namun, perlu di ingat, adakah diri kita ini akan selamanya hidup, tanpa di hisab perlakuan kita ini?

Beginikah seorang wanita yang ingin menerajui sebuah rumah tangga bersama suami? Beginikah keadaan seorang wanita yang ingin melahirkan seorang insane yang cemerlang?

Mampukah kita menjadi seorang wanita hebat, jika di dalam diri kita ini tidak terdetik untuk berubah. Tepuklah dada, tanya hati dan iman anda.

Jangan sesekali menjadi wanita yang murah. Jangan sesekali meneruskan untuk menjadi wanita yang tidak solehah. Mahalkan diri anda pada pandangan ajnabi.

Dekatkan diri pada Allah. Memang tidak mudah untuk melakukan semua ini. Tapi, percayalah kesan nya adalah sesuatu yang sangat manis.

Penutup: Mahalkan diri anda wahai wanita, masih belum terlambat untuk berubah.
Mulai saat ini, bangkitlah wahai wanita. Sedarlah yang diri kamu itu begitu berharga. Dekatkan diri pada Allah agar timbul satu benteng iman yang mewujudkan rasa  malu dalam diri kita.

Malu untuk mendedahkan aurat, malu kepada golongan ajnabi. Dan yang paling penting, malu kepada Allah swt. Jika kita pernah tersesat di bumi ini, carilah jalan untuk kembali.

Mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita. Tidak rugi jika kita berubah dan mendekatkan diri pada Allah. Untuk berubah itu tidak mudah, untuk jadi wanita yang hebat itu tidak mudah.

Tapi ianya pasti akan berhasil jika kita terus berusaha dan memberi pergantungan sepenuhnya pada Allah swt. Mahalkan diri mu wahai wanita agar mampu menjadi seorang wanita yang hebat yang mampu melahirkan generasi-generasi yang hebat.

Dekatkan diri pada Allah, raihlah cinta dan redhaNya. Hidup ini hanya sekali. Jangan di sia-siakan. Sekali silap, tidak bermakna anda sudah tiada peluang untuk berubah!

PESONA SEPERTIGA MALAM

malam

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Quran 3:190)

Dalam gelap malam
Sepi suasana.

Rupanya banyak manfaatnya.

Siang,

waktu untuk kita bertebaran

di atas muka bumi

mencari anugerah ALLAH

yang berlimpahan banyaknya.


Malam pula,

Saya menyukai malam

kerana malam adalah

waktu yang sangat baik

bagi mereka yang mahu

berehat, menenangkan diri,

beribadat kepada ALLAH

dan mencari ilham

serta banyak lagi

perkara yang lain.

Kerana itu saya menyukai malam.

Ya.

Kerana malam

ALLAH telah jadikan

untuk kita, hamba-hamba-NYA ‘berhibur’.

 Haha.

Tentu ada yang sangka

berhibur cara neraka seperti

berdisko, minum arak, bergaul lelaki perempuan.

 Tidak.

Berhibur cara syurga lain.

Kita ber’hibur’ dengan

ber’dating’ dengan ALLAH.

 Aduh. Manisnya

saat kita berkata-kata

indah dengan-NYA,

mengadu dengan esak

tangis kepada-NYA,

dan memohon ampun

dengan serendah-rendah

penghinaan untuk-NYA.



Subhanallah.

Indahnya kan?



Kemanisan iman.

Itu yang sering kita kehilangan.

*senyum pahit.



Bila kita terlalu

yakin bahawa ALLAH

itu selalu meredhai kita,

maka syaitan dengan liciknya

memasukkan jarum-jarum hasutannya

agar kita ini futur setelah lama

beristiqamah di atas jalan-NYA



Menarik kan cara syaitan

menyesatkan kita?

Maka, berlindunglah

hanya kepada-NYA.



Oh sepertiga malam.

Indah betul rasanya bila

ilham datang bagaikan

air hujan yang turun

dari awan yang sarat dengan

airnya yang bercurahan.



Oleh itu,

marilah kita raikan malam

dengan menjadikannya

sebagai taman-taman hiburan

yang bagaikan syurga.



Marilah kita beristiqamah Qiamullail kerana



Islam TIDAK AKAN bangkit melalui tubuh-tubuh yang hanya akan bangun selepas azan Subuh. 



Ayuh jadi mukmin yang tak terkalahkan.

Kita boleh kerana umat Islam itu adalah

mereka yang lebih baik dari semalam.

Cinta Itu Sebenarnya Apa??Apakah Cinta Allah Dan Rasulullah??


Cinta Allah dan Rasulullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Juga buat keluarga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para sahabat radhiallahu ‘anhu, pengikut-pengikut yang setia, serta umat Islam yang sentiasa taat pada agama-Nya dengan penuh rasa cinta dari semasa ke semasa sehinggalah bertemu dengan DIA.

Terlalu banyak yang berkata mengenai cinta. Cinta antara kau dan aku. Cinta antara lelaki dan wanita. Cinta antara adam dan hawa. Realitinya, asyik dengan belaian perasaan. Sentiasa merasa berkeinginan, terutama sekali pada sang kekasih. Pada pasangan kita. Dan apabila perasaan diselimuti emosi, perkataan ya dengan mudah kita melafazkan kalimah itu. Aku cinta padamu!

Murah dan bersepah-sepah.

Cinta itu sebenarnya apa?

Agama. Bilamana diri merasa lemah, rebah, tidak berupaya, ketika itu cuba mencari arah. Ramai juga yang membicarakan fasal agama. Namun, tidak ramai yang istiqomah. Tertewas dipertengahan jalan. Terlalu lemah. Kekuatan itu pudar dengan cepat dalam diri. Bagai habuk yang lenyap dari pandangan kaca mata kita. Takbir!

Mencari semangat yang longlai.

Agama itu sebenarnya apa?

Cinta yang benar, tidak akan menolak agama. Begitu juga agama. Tidak akan menolak cinta secara buta-buta. Kerana cinta itu sifat insani yang ada pada setiap diri kita. Pemberian daripada Tuhan buat setiap insan. Namun, pemberian itu bukanlah bermakna pemberian yang tiada makna. Semua itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mengurus cinta dan mengurus agama dengan baik. Ada batas-batas yang harus dipelihara. Kerana keterlaluan itu sangat bahaya.

Usah emosi.

Tundukkanlah nafsu sebelum diri ditundukkan.

Cinta Allah dan Rasulullah
“Jika seseorang itu mencintai kekasihnya, maka si dia harus mencintai apa yang dicintai oleh kekasihnya itu.” kalam Syeikh Rohimuddin.

Setuju. Akan tetapi, seseorang itu perlu jelas dan tahu tentang apa yang disukai dan dicintai oleh kekasihnya. Sekiranya mencintai secara melulu, tanpa selidik, tanpa berfikir, maka cinta itu sudah menjadi sebaliknya. Cinta itu tidak lagi indah. Cinta itu lari dari sifat asalnya. Fitnah barangkali.

Allah berfirman yang bermaksud; “Katakanlah: (Wahai Muhammad) ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu. ‘Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Ali 'Imran 3:31]

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW. Baginda bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia memberitahu kepada Jibrail: ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia.’ Jibrail pun mencintai fulan tersebut dan kemudian dia menyeru di kalangan penduduk langit: ‘Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan, maka cintailah dia.’ Seluruh penduduk langit pun mencintai si fulan tersebut. Kemudian, seluruh penduduk bumi juga dijadikan mencintai si fulan tersebut.” [Riwayat al-Bukhari no.3037 dan Muslim no.2637-Kitab Riyadhus Solihin.Imam Nawawi].

Barangsiapa yang cinta Allah dan Rasulullah, maka seseorang itu perlu mengutamakan Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu daripada segala macam.

Sunday 21 July 2013

merindu
                         Aku kini merindu

Merindu pada diri nya yang telah tiada

Walau tidak pernah sekali bersua

Merindu tatkala suka dan duka

Merindu demi mencari redha yang maha kuasa

Merindu sesuatu yang tidak pernah ku duga

Merindu tiap bicara, tutur kata nya

Merindu dirinya yang sentiasa bermanfaat utk ummatnya

Merindu tiap gerak geri nya

Merindu segala amal soleh nya

Mengapa harus aku duduk di sini sahaja?

Menunggu bulan jatuh ke riba?

Tidak berusaha mengenal diri nya?

Tidak mahu mengikut amal nya?

Jahil kah aku? Tidak tahu kah aku?

Bukankah ilmu kini ada dimana-mana?

Atau aku sengaja menutup mata mentulikan telinga?

Bilakah agaknya aku ingin mengikuti jejaknya?

Hari ini? Esok? Nanti? Atau sekarang?

Rindu ini tidak akan pernah menemui penghujungnya

Rindu yang tidak akan pernah dipenuhi jika tiada susulannya

Tidak juga mahu menghentikannya

Kerana rindu ini perlu dalam setiap jiwa

kerana ia adalah titik semangat untuk mengenal si-Dia

Si-Dia yang MAHA  Esa, yang MAHA segalanya

Yang tidak akan luput didunia hingga akhirnya

Mencari redha-Nya adalah yang terutama

Kerana redha-Nya adalah penentu segalanya

Kerdilnya aku..jahilnya aku..

Ayuh bangkit dari selimut mu

Penuhi setiap rindu mu itu.



Saturday 20 July 2013

Itu tanda Allah Cinta Kita : Tak Percaya?

 tanda Allah cinta kita

“Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir
Hasbunallah wa ni’mal wakil
Ni’mal maula wa ni’man nasir”
Lagu : Hasbunaallah [ Yoga Al Ghazali ft. Ajeng ]
Dalam kita meniti kehidupan di dunia yang sementara ini, setiap dari kita pasti tidak akan lepas dari menempuh sebarang ujian. Anda percaya atau tidak, ujian ini adalah tanda Allah cinta kita, buat kita semua?
“ Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. “  
( Al Ankabut 2-3)
Nah..
Jelas bukan?
Allah menguji kita kerana DIA ingin jadikan kita orang yang beriman. Tidak inginkah kita menyahut cabaran hebat dari Allah ini?

Tanda Allah Cinta kita

Ya. Saya sangat pasti di saat kita diuji dengan sesuatu ujian itu, pasti kita kadang-kadang jatuh tersungkur, terasa susah untuk bangkit dan terus melangkah. Namun, persoalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita ialah, adakah apabila kita ditimpa dengan sesuatu ujian itu menyebabkan kita hilang nyawa? Hilang oksigen? Tidak bukan. Kita masih lagi mampu berjalan walaupun mungkin perlahan. Kita masih lagi mampu tersenyum walaupun tawar. Alhamdulillah, kita masih lagi hidup.
Kerana apa?
Ya. Sudah tentu kerana keizinan dari Allah. Peluang yang DIA berikan untuk kita menghadapi segalanya dengan penuh keimanan & ketaqwaan. Bukankah ini tanda Allah cinta kita?
Apa yang lebih utama, percaya atau tidak. Di saat kita diuji itulah saat di mana kita merasakan DIA adalah segalanya dalam hidup kita. Tanpa perlu kita mengharapkan orang lain sebagai penolong kita. Kerana di saat itu, kita tahu. Hanya ALLAH yang mampu untuk membantu kita.
Maka. Dari situlah bermulanya untuk kita berusaha solat dengan penuh khusyuk. Doa dengan penuh rendah diri diiringi dengan air mata yang jatuh berguguran. Hati sentiasa basah dengan zikirullah. Subhanaallah.. Jika kita mampu melihat meter amalan kita pada waktu ini, mungkin sahaja mencecah 200%! Allahu Akhbar. Sayangnya Allah pada kita. Kerana di saat inilah kita merasakan Allah sahajalah satu-satunya yang paling hampir dengan kita.
Percayalah…
Allah tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.. Namun, bisa sahaja kita yang meninggalkanNya.
Saat kita merasa ujian itu sangat berat untuk kita, saat itulah DIA sedang menunggu kita menghamparkan CINTA kita untukNya.
Ayuh! Kembalilah kita bermujahadah meraih cintaNya,
Sebelum tiada lagi waktu yang setia bersama kehidupan kita.
.

Friday 19 July 2013

Di Syurga Ramadhankah Aku??


“Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan” – opick

Alhamdulillah hari ini kita telah membuka tirai 10 Ramadhan. Allahu akhbar. Cepatkan masa yang berlalu. Insyaallah bakal 10 hari telah kita berpuasa.

So, apa peningkatan yang kita telah capai sepanjang 10 hari ramadhan? Iman semakin bertambah atau iman semakin berkurang? Jawapannya.. Tok..Tok.. pintu hati kalian ye.. ^_^

Basically, dalam kita menempuh bulan ramadhan ini, kita akan mendapat hadiah yang super duper osem dari Allah swt. Apa dia? See..


 ”Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan” (riwayat al- Bukhari dan Muslim)

“Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu” ( hadis riwayat an-Nasaie)

Subhanaallah. Ini baru sebahagian sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi. Malah ada juga riwayat yang mengatakan Allah akan melipatgandakan amalan seorang hambaNya sehingga 700 kali ganda. Ok. 700 kali ganda. Bukan 100 atau 500. Terdiam.

So, kalau macam tu kita buat amal tak perlu banyak-banyaklah. Buat sikit pun dah dapat ganjaran yang banyak.. Macam itu ke yang kita perlu fikir? Mestilah jawapannya tidak.

Waktu inilah sebaik-baiknya waktu untuk kita nak ‘cover’ semua dosa-dosa dan maksiat yang dah kita lakukan sepanjang 11 bulan sebelum ini.

Yup. This month is the turning point to us make a change in our life.

Tidak dinafikan kita sebagai manusia biasa. Kerap kali malah acap kali terjerumus dalam ajakan-ajakan syaitan. Namun, ini bukanlah alasan pada bulan ini. Bulan inilah yang sebenarnya menunjukkan belang diri kita sebenar.

Tak faham?

Yelah.. bukankah telah dikatakan bahawa syaitan telah diikat (namun terdapat pandangan yang berbeza-beza dari kalangan ulama). Makanya, kalau kita masih lagi melakukan maksiat atau dosa.

Adakah itupun nak bagi alasan kerabat Syaitonnirrojim yang menghasut?

Pheeww.. Yup. Nafsu. Nafsu. Nafsu kitalah yang sedang bermaharajalela sebenarnya. Maka. Renungan. Siapa lebih hebat sekarang. Nafsu kita atau kerabat Syaitonnirrojim?? Tok..Tok.. Pintu hati.. ~_~

Syurga Ramadhan..
Buat diri sendiri yang saya sayangi juga pembaca semua…

Ingatlah. Kehidupan kita di dunia ini sementara sahaja. Perlayaran dan pengembaraan kita di muka bumi ini hanya seketika cuma. Lupakah kita yang saban hari malaikat maut melawat kita 70 kali sehari?

Lupakah kita umur kita semakin pendek? Lupakah kita? Tak?

Alhamdulillah.. Maka, kejarlah. Berlarilah. Mengejar pengampunan dariNya. Masih belum terlambat untuk kita kembali bertaubat selagi mana nafas kita belum terhenti.

Jangan jadikan alasan Prince Charming Hidayah belum sampai kerana selagi kita belum berusaha. Agak-agaknya nak ke Prince Charming Hidayah itu  jumpa kita?

Satu lagi. Cukup-cukuplah kita lalai dan leka dengan perkara yang sia-sia. Senang cerita, kalau perkara itu tidak menambahkan iman. Baik tinggalkan.

Akhirnya, jom sama-sama muhasabah sepanjang ramadhan ini.. Bagaimana dah penghayatan kita terhadap ayat-ayat chentaNya yang bernama Ayatul Quran?

Bagimana ‘dating’ dengan Qiyammulail? Bagaimana infaq dengan mereka yang memerlukan?

Bagaimana pula dengan sedekah anggota badan yang di namakan Dhuha? Bagaimana dengan amal-amal seharian yang mulia yang dinamakan Niat  dan Ikhlas kerana Allah swt? Bagaimana?

Ye. Bagaimana?

Pengsan.

Cukuplah. Ayuh. Kita bangkit semula. Membuat pecutan 20 hari terakhir ini sesungguhnya kerana Allah swt. Moga kita semua mendapat rahmat dan berkat dariNya.. Dan semoga kita berada dalam SYURGA RAMADHAN.

Selamat Meraikan Ramadhan yang berbaki ini dengan penuh keimanan dan keinsafan seorang hamba buatNya. (^___^)

***