Saturday 17 May 2014

SUDAH TERSEDAR...?? Terus Ke Hadapan

Assalamualaikum semua...^^

Alhamdulillah...syukur dipanjatkan keatas Allah taala atas nikmat hidup kita pada hari ini...Maafkan saya sudah lama tidak berblog...hari tetiba je terdetik dihati untuk menaip dan berkongsi ilmu dengan kalian...walaupun kadang-kadang saya terpikir ada ker yang baca blog saya ni...tapi xpe laa...sekurang-kurangnya blog ini boleh saya jadikan saham diakhirat...insyaallah~

Saya ingin katakan dalam blog saya ini banyak cerita atau ilmu yang telah saya baca dari blog lain dan saya copycat untuk letak dalam blog saya...tujuan bukan untuk menunjuk " Aku yang buat citer ni...karya ini dihasilkan oleh aku..noktah!...tidak sama sekali...tidak pernah terlintas di hati saya, saya sebenarnya ingin berkongsi ilmu yang saya baca pada kalian semua...

Baiklah...cter yang sebenarnya...bukan yang atas nie..==''

Tapi ...saya ingin menceritakan pengalaman saya ...Pada hari ini, saya telah mengikuti kelas memandu, lambat betul amik lesen...umur dah 20...aish2...hahha...okey berbalik pada cter ...Dalam sesi taklimat tersebut nama saya telah dipanggil ke depan untuk kedatangan...dan cikgu yang mengajar saya tengok saya dan berkata " Besar nanti nak jadi USTAZAH ke??" kata-kata itu membuat lidah saya kelu, dan saya katakan pada diri... AKU LAYAK KE UNTUK JADI USTAZAH??JADI PENDIDIK??...ilmu di dada masih tidak cukup bagaimana ingin memajukan anak bangsa...dari situ saya tersedar...saya masih mamai...Dan dari situ saya tanamkan pada diri..."AKU PERLU BERUSAHA UNTUK CARI ILMU..,WALAU SESUSAH MANA SEKALIPUN...DAN AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENJADI PENDIDIK...harapan kedua ibu bapaku untuk melihat anak tunggal mereka menjadi pendidik...akan tercapai...INSYAALLAH~

Thursday 16 January 2014

Uhibbuki Fillah (MENCINTAIMU KERANA ALLAH)



Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

Teman-teman seperjuanganku...terima kasih kerana menjadi sahabatku...daripada sekolah rendah,menengah dan universiti...mengajarkan ku erti persahabatan..membuka mataku melihat dunia yang seringkali aku katakan takut kerana dunia penuh dengan cabaran...

Kita sering ketawa bersama,menangis bersama...
bila tiba dengan tarikh perpisahan, hati jadi sayu...pilu...perih...
namun aku sering ingatkan diriku...perpisahan ini hanya sekejap...kalau tidak bertemu didunia...insyaallah kita semua akan bertemu di padang mahsyar...