Wednesday 20 November 2013

BERJAGA-JAGA dengan SMS (Sistem Pesanan Ringkas)


Apabila kita kerap bertemu dengan dirinya, dia yang pernah menembusi dinding pertahanan hati kita, biasanya akan menjadi seksaan batin yang berat apabila kita tidak mampu menerima dengan hati dan fikiran yang sihat.

Walaupun kita sudah bertekad melupakan dia, ia tidak semudah mengucapkan.
Mungkin kita bertekad tidak mahu berjumpa lagi, dengan harapan supaya dapat mengurangkan ingatan kepadanya.

Bertekad bagi melupakan dirinya selama-lamanya, membuang jauh memori indah dan kenangan yang pernah ada. Tetapi ternyata tidak semudah itu.

Kadangkala, tuntutan urusan kehidupan membuatkan kita perlu berkomunikasi dengan dia. Misalnya, apabila kita dan dia berada dalam satu organisasi seperti tempat kerja.

Adakah mungkin kita tidak berinteraksi dengan dia?

Adakah mampu untuk kita tidak berinteraksi dengan dia semasa menguruskan program kerja ataupun agenda organisasi? Mustahil, bukan?

Tetapi apabila keadaan memerlukan kita berkomunikasi dengan dia, minimumkan komunikasi itu. Moga-moga dapat kita hindari daripada pujuk rayu syaitan.

Komunikasi bukan hanya bertemu secara langsung. Dalam era yang serba canggih ini, semuanya lebih mudah dengan adanya telefon, Internet, sehingga sistem pesanan ringkas atau SMS.

Kita perlu berwaspada dengan interaksi digital ini.


SMS Pertama
Perempuan: Apa khabar? Bila awak mahu pulang ke sini?

Lelaki: Alhamdulillah, saya sihat. Insya Allah, saya pulang pada hari Ahad minggu depan. Awak sihat? Ada apa awak menghubungi saya?

Perempuan: Alhamdulillah, saya juga sihat. Tiada apa-apa. Sekadar mahu bertanya, bagaimana dengan keputusan perjumpaan semalam? Bila lagi akan diadakan perjumpaan?

SMS Kedua
Perempuan: Bila lagi akan diadakan perjumpaan?

Lelaki: Insya Allah, pada hari Ahad minggu hadapan.



Sekiranya dibandingkan antara SMS pertama dan SMS kedua, hanya berbeza pada jumlah perkataan dan cara bertanya.

Namun dari situ kita perlu berwaspada. Kadangkala perkataan yang ditulis memberi peluang kepada syaitan membuka perangkapnya.

“Apa khabar? Bila awak mahu pulang ke sini?”

Pertanyaan ini sederhana, tetapi menyimpan sejuta makna. Bunyinya seperti seorang yang sedang risaukan kekasihnya yang berada dikejauhan.

Sungguh, kekuatan kata-kata memang luar biasa dahsyatnya.

Sekiranya hanya mahu bertanya tarikh perjumpaan selanjutnya, tidak perlu berbasa-basi bertanya hal ehwal dirinya. Kesederhanaan melambangkan kebijaksanaan.

Rasulullah SAW juga berkomunikasi dengan bahasa sederhana, singkat, dan padat.

Oleh itu, apabila dengan lima perkataan sahaja informasi sudah cukup jelas, mengapa perlu gunakan tujuh perkataan?

“Awak sudah solat ke belum? Hari ini sudah baca Al-Quran?”

Sepintas lalu, pertanyaan diatas memang baik dan kelihatan positif.

Walaupun niatnya baik, sekiranya dilakukan oleh kita yang sedang menggebu gelojak rasa hati, boleh jadi yang timbul adalah rasa simpati yang kemudian bertumbuh menjadi cinta dan akhirnya melahirkan perbuatan yang dimurkai.

Oleh itu, jaga cara pergaulan, komunikasi, dan pilihan kata-kata, termasuk semasa bertukar-tukar pesanan ringkas. Jangan pula niatnya mahu menjaring pahala, tetapi menuai dosa.

No comments:

Post a Comment

thank you for your feedback