Sunday, 20 October 2013

Benarkah Perasaan itu??



Di saat kita jatuh cinta di usia remaja,marilah kita pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba?

kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”

Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?

Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini.

Mencuri – curi pandang gadis di pinggir jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya.

Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.

Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu.

Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.

Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia.

Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.

Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak.

Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.

Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.
Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.

Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja.

Tuesday, 15 October 2013

DOSA kita Berbeza...mungkin TAUBAT kita juga Berbeza

Kadang-kadang aku terfikir,betapa banyaknya dosa yang telah kulakukan sepanjang usiaku 19 tahun ini...betapa kerdilnya aku dihadapan Mu Ya Khaliq...aku yakin pasti setiap insan seperti aku akan melakukan dosa kerana kita belum matang untuk berfikir tentang APA ITU KEHIDUPAN DUNIA...

Jika aku diberikan peluang walaupun sesaat untuk kembali kepada zaman kejahilan,aku yakin dan pasti tidak akan mengulangi kembali kesilapan,disamping diri ini cuba bertatih mendekati sang Pencipta.

Waktu terus berjalan dan syaitan terus berbisik supaya kita tergelincir dari landasan kerana syaitan tidak akan pernah memberi peluang untuk kita kembali pada landasan yang benar.

Dan kita hanyut dibuai bisikan sampaikan kita terlupa yang kita pernah berjanji pada Sang Pencipta untuk kembali pada landasan yang telah Dia tetapkan...LUPAKAH PADA JANJIMU WAHAI MANUSIA??janji hanya tinggal janji sedangkan Dia menunggu untuk kita tepati janji...

"Ya Allah ya Tuhanku,ampunkanlah segala dosa hambaMu,kami hanya insan biasa yang layu dalam bisikan syaitan,Aku memohon sempatkanlah untuk diriku diberikan peluang untuk bersujud serta memohon seribu keampunan daripadaMu Ya Khaliq.Jika hari ini hari terakhir maka ampunkanlah segala dosa-dosaku.Jika hari ini hari terakhir sempatkan aku untuk memohon kemaafan kepada kedua ibu bapaku...Semoga diri ini masih diberi peluang untuk merasa kasih sayangMu...amin"

Monday, 14 October 2013

Saya Seorang Pemalu

pemalu
"Masalah yang saya hadapi adalah, saya seorang yang pemalu. Saya malu berbincang dengan orang – orang yang tidak dikenali, terutamanya lelaki. Perkara ini telah membuatkan orang lain beranggapan saya adalah seorang yang sombong. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Semua rakan sekelas mengatakan saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bercampur dengan orang lain. Inilah membuatkan saya resah dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya”
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. 
Untuk melawan perasaan malu ini, kita boleh melakukannya secara berperingkat – peringkat, dengan belajar cara etika pergaulan, selalu tersenyum dan mengingatkan diri sendiri bahawa orang lain ada kerja sendiri dan tiada masa untuk memperhatikan anda.
Jangan terlalu memperbesar – besarkan kelemahan yang dimiliki dan jangan beranggapan bahawa orang lain menjauhi kita oleh kerana kekurangan tersebut. Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, bukan kita sahaja yang memiliki kekurangan.
Pemalu kepada Lawan Jenis
Ini adalah masalah biasa. Sesipa pun pasti malu bila berhadapan dengan lawan jenis. Tapi sebenarnya rasa malu ini boleh menambah kecantikan seorang gadis dan boleh memberi kehormatan yang tinggi dihadapan kaum lelaki...^_^ It’s better than dengan keberanian yang berlebihan yang boleh menurunkan nama baik seorang gadis itu dan menjadikan orang lelaki memandang rendah terhadapnya.
katakan pada diri bahawa ini adalah bukan suatu perkara yang sukar. Berbicaralah dengan tenang dan suara yang jelas, Kita juga harus menjadi pendengar yang baik apabila ada orang bercakap dengan kita, supaya hati dia tidak tersinggung.
Kita mampu untuk mengatasi rasa malu itu, kita harus padamkan pemikaran yang mengatakan sukarnya untuk bergaul dengan orang lain. Ingatlah bahawa terdapat jutaan manusia yang telah berjaya untuk melawan rasa malu. Oleh itu, buanglah rasa malu yang tidak bertempat dan berbahagialah dengan kehidupan kita.

Jangan Terlalu Tergesa-gesa Mengejar Jodoh

mengejar jodoh

Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang

 Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.

Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.

Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.

Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.

Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.

Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.

Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.

“Tidak ada pengalaman?”

Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri.

Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti – ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.

Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.

Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.

Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.



.


Berbicara Soal Agama Dikatakan.... POYO??



Bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Poyo!

Solat. Poyo!

Berusrah. Poyo!

Baca al-quran, pergi kuliah agama, mengajak manusia berbuat baik. Semuanya poyo!!

Apa jua yang berada dalam kategori agama, segelintir daripada kita memandang rendah. Pandang sahaja sudah rendah, bertambah pula dengan merendah-rendahkan orang. Kritikal~

Bagi yang pernah terkena, dan pernah merasa, dan ada pengalaman sebegini.. rileks. Jangan kita berputus asa. Tuhan tidak suka. Bila Tuhan tidak suka, sudah jauhlah rahmat-Nya. Bilamana sudah jauh dengan rahmat-Nya, agak-agak layak ke kita jadi ahli syurga-Nya?


Bangkitlah IMAN!!

Pada fasa kehidupan yang memuncak ini, kebaikan itu perlu ditunjuk dengan bersulamkan IMAN.Sebarkanlah kebaikan, walau diserang ujian kemanusiaan. Tunjukkan kebaikan, agar nanti keburukan tersungkur dan mengakui kehebatan kebaikan.

Kita pamerkan kebaikan, adalah kerana agama itu milik-Nya.

Usah kita menunjuk-nunjuk, dek kerana ingin mengejar gelaran keduniaan. Semua itu boleh mengundang kebinasaan akibat daripada keegoan dan kehendak diri yang tidak puas menganggu. Turutkan segala kehendak yang tersasar, sama sekali kita ikut telunjuk syaitan. Tergamakkah kita?

Jadi, sila tunjukkan kebaikan. Bukan menunjuk-nunjuk dengan bersebabkan keduniaan.




SENYUM ^_^



Senyum adalah suatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.

Berikut adalah kelebihan bersenyum :


1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?

2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.

3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?

4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.

5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D

Senyum-senyumlah selalu okey!


Sunday, 13 October 2013

Hukum Chatting Dengan Bukan Mahram


 
Ustazah,

Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada chatting atau perbualan2 melalui facebook, email dsb. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting, Cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka.Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini.

Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih.

Gadis Muslimah.
____________________________________________________

Hukum chatting sama dengan menelefon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Ertinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kpd jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kpd lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.


Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yg akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang2 yg terpedaya dengan teknologi moden ini. Na’uzubillah.

Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dgn lelaki bukan mahram ,namun di alam cyber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara’. Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.
Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.
Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini.

Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yg terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya.Semoga dgn itu Allah akan menurunkan rahmahNya kpd kita semua.

Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.
Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.

Wallahu a'lam.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad