Monday 30 December 2013

Imbas Kembali Dosa~ Allahu

Bismillah,

“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) dan mereka berpaling (dari akhirat)”- (Surah Al-Anbiya’: Ayat 1 )
DIA (ALLAH) berfirman, kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui (Surah Al-Mu’minun: Ayat 114)

Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh syaitan itu musuh bagimu (Surah Al- Fatir: Ayat 5-6)

Ya Allah,
Andai kaki ini melangkah, jadikan setiap langkahan itu, langkahan ke tempat kebaikan, tempat yang Engkau redha.

Ya Allah,
Andai mulut ini berkata, jadikanlah setiap perkataan yang keluar itu ialah perkataan yang penuh hikmah dan bermanfaat, perkataan yang lembut, dan mendekatkan hati ini dan orang lain pada-Mu,

Ya Allah,
Andai fikiran ini berfikir, jadikanlah fikiran ini berfikir mengenai-Mu, berfikir mengenai kematian, berfikir mengenai dosa-dosa lalu, berfikir mengenai kebaikan orang lain padaku, berfikir mengenai nikmat yang telah kau berikan padaku, dan berfikir mengenai usaha-usaha/ wasilah apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mendekatkan diri pada-Mu.

Ya Allah,
Andai disaat tidak ada perkara yang bermanfaat ingin diperkatakan, andai tidak ada topic ingin dibicarakan, jadikanlah lidah ini lancar dan terus-menerus berzikir kepada-Mu, Jauhkan lidah ini daripada mengeluarkan kata yang menyakiti hati orang lain,

Ya Allah,
Andai mata ini melihat hingga ke hari ini dan hari seterusnya, jadikanlah mata ini celik, jauhkan mata ini dari melihat yang bukan hak, permudahkan kedua mataku ini untuk menjaga pandangan, jadikanlah mata ini mata yang sentiasa menangis kerana-Mu, menangis mengingati dosa-dosa lalu.

Ketahuilah bahawa, ‘Dia Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada’- (Surah Al-Ghafir: Ayat 19)

Ya Allah,
Andai telinga ini masih mampu mendengar, jadikanlah ia mendengar dan menapis perkataan itu, jadikanlah kedua telinga ku mendengar yang baik-baik sahaja, andai ada saat-saat di mana aku mendengar yang kurang baik, jadikan ianya berlalu seperti angin.

Ya Allah,
Andai hati ini berniat ataupun bermonolog dalaman, jadikankanlah hati ini sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan sahaja, jadikan juga monolog hati itu monolog yang baik-baik sahaja.

Ya Allah,
Jika tangan ini bergerak, Jadikanlah tangan ini bergerak dan menulis kebaikan sahaja, bergerak untuk melaksanakan hal-hal kebaikan, jauhkan tangan ini daripada memukul, menampar dan mengambil hak orang lain.

Wahai Tuhan yang telah terlalu banyak memberi, jadikan aku orang yang bersyukur dengan nikmat mata, mulut, telinga, hati, tangan, otak (pemikiran), lidah dan nikmat yang lainnya. Sungguh semua nikmat yang KAU berikan ini, akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semuanya akan diminta pertanggungjawabkan.

Ketahuilah kita semua bahawa:

“Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur”- (Surah Al-Mu’minun: Ayat 78)

‘Dan Tuhan-mu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan’- (Surah Naml: Ayat 93)

Sungguh, Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang -(Surah Al- Qasas: Ayat 16)

Thursday 26 December 2013

Tiada Kekuatan Selain Allah

‘”Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”

“Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

Sunday 15 December 2013

ALLAH pilih aku...?

Bismillahirahmanirahim.

sekadar berkongsi betapa nikmatnya ujian itu bilamana ia berjaya bawa kita kembali ke pangkuan ilahi.

 Moga Allah redha dengan perkongsian ini, maaf andai diri terkhilaf, kerana aku manusia bila yang kadang-kadang kerapuhan itu hadir.

 Moga Allah melebarkan sayap kasih sayangNya buat kita semua. aamiin.

Dia Pilih aku.

Allah, Kau pilih dalam berjuta manusia didunia ini, Ya Allah betapa aku bertuah. Betapa aku bersyukur.

Ya Allah tika kau pilih aku, aku mohon, jangan pernah kau pesongkan lagi hati ni, moga hati ini sentiasa dalam dakapanmu,

 10 tahun lalu , aku tak menyangka inilah jalan yanag Allah rencankan untuk aku lalui,

10 tahun lalu, tak terbayang aku akan mendapat hadiah terindah dariNya.

Mengimbas kembali , zaman “kelam” tu, air mata menitis,

Ya Allah rapuhnya aku, lemahnya aku, lalai dengan dunia. Dunia ini memang banyak manisnya hingga kadang mata buta melihat pahitnya dunia ini. Melihat kembali gambar-gambar lama, sedih sendiri.

Walaupun ia nampak kecil , Tapi bila kita tak menepati syariat Allah dan bila Allah sentuh hati kita  , satu saat kita akan rasa bersalah.

 Ujian demi ujian membuatkan aku mengerti, kasih sayang Allah teriring selalu dalam mujahadah ini, kadang tertanya sediri mengapa sukarnya hati ini istiqamah. Jawapan yang sudah ada dalam diri

 Kamu tak letak Allah sebagai yang Pertama dihati kamu.

Jika dulu aku mengeluh dan tertanya-tanya, mengapa itu , kenapa ini. Kini aku diam. Diam dan bermuhasabah, kafarah dosa barangkali.

Lalu air mata mengalir lagi, benar-benar jika air mata ini mengalir buat mengenangkan dosa lalu sungguh ada satu kedamaian padanya. Benarlah proses menjadi hamba yang luar biasa itu lama.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,

(AL-’ANKABUUT ,ayat 2-3)

Selama ini selalu dengar orang cakap bangun lah tahajud , itu juga sumber kekuatan sebenarnya,  nak cuba tapi selalu terbabas, namun saat Allah bagi peluang kuatkan diri dan hati.

 Ya memang tenang saat semua terlena, kita berbicara denganNYa. Satu detik yang kita perlu lalui sendiri. Tak terucap indahnya.

Wahai sahabat , saat Allah menghadir satu “rasa” , rasa yang mana kamu sendiri tak tahu kenapa dia hadir, saat kamu sendiri tertanya apa itu?

Mungkin itu hidayah dari Allah, boleh jadi ia hadir saat kamu terpandang, terbaca sesuatu, aku mohon jangan abaikan rasa itu, kerana kita sendiri tak tahu bilakah lagi rasa itu akan kembali , kembali menerjah ruang hati ini.

Saat kamu mula melangkah memasuki medan mujahadah bersedialah, bersedialah dengan ujian-ujian Allah , moga kita sentiasa dalam lindunganNya.

Muga Allah lemparkan kekuatan pada hati-hati kita . Allahu. Moga Allah redha.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah al-Insyirah, ayat 6)